Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas dan silver di Malaysia.
Emas merupakan salah satu cabang pelaburan yang sangat menarik untuk diketahui. Dengan mempelajari rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang amat menguntungkan.
Untuk mengetahui bagaimana mendapatkan keuntungan dengan pembelian/pelaburan emas, maka saya cadangkan agar anda membaca semua artikel yang terdapat dalam blog ini.
Biarpun ilmu saya masih cetek dalam bab pelaburan emas & silver ini, namun saya harap info atau artikel yang saya kongsikan bersama anda dapat digunakan sebagai salah 1 bahan rujukan.
1. Mengapa anda perlu membeli emas?
1. Mengapa anda perlu membeli emas?
Untuk pengetahuan anda, emas merupakan simpanan/pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang.
Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang.
Saya ambil contoh syiling Kijang Emas:
Harga untuk 1 Oz (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada 18 Julai 2001 ialah RM1082.00 dan pada 17 Jun 2008 – harganya ialah RM3048.00 !!!
Ini adalah kenaikan harga sebanyak 181.70% dalam masa 7 tahun atau purata kenaikan 25.95% setahun!!
Harga Emas dunia 10 tahun
Dalam konteks harga emas pasaran dunia, mari lihat carta ini:
Ini adalah kenaikan 284% dalam 10 tahun bersamaan 28.4% setahun!Pada Jun 1998, harga emas adalah 300 USD per Oz (RM30.86/gram)Pada Jun 2008, harga emas mencecah 890 USD per Oz (RM91.50/gram)
Ini jelas membuktikan bahawa pelaburan di dalam emas sangat stabil, hebat dan memberikan pulangan yang tinggi (sekitar 25 – 28% setahun)
2. Cara-cara membuat pelaburan emas di Malaysia.
Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.Antaranya ialah:
Dengan membaca info diatas, anda akan mendapati bahawa terdapat beberapa peluang membuat pelaburan emas di Malaysia, pilihlah yang mana satu anda berkenan
3. Bagaimana memulakan pelaburan emas anda?
Jika anda ingin tahu bagaimana cara memulakan pelaburan emas, anda cuma perlu baca artikel ini:
3.1 Bagaimanakah Saya Nak Mulakan Pelaburan Emas?
http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/bagaimana-saya-nak-mulakan-pelaburan-emas/
4. Bagaimana membuat keuntungan dengan pelaburan emas?
Jika anda berminat untuk mengetahui bagaimana anda boleh membuat keuntungan daripada pelaburan emas, anda boleh baca artikel ini:4.1 Bagaimana membuat keuntungan melalui pelaburan emas:
http://jutawanemas.com/v1/gold-article/keuntungan-lumayan-melalui-jual-beli-emas-part-1/
4.2 Memaksimakan keuntungan pelaburan emas anda (Public Bank GIA) http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/tips-memaksimakan-keuntungan-pelaburan-emas-gia-anda/
5. Forum Jutawanemas
Jika anda ingin mencari maklumat tambahan atau berkongsi maklumat dengan pembaca lain, anda boleh melawat forum jutawanemas.comSemoga anda mendapat banyak manfaat daripada blog ini
Forum Jutawanemas.com (klik)
No comments:
Post a Comment