EMAS / GOLD

Bagaimana Nak Memulakan Pelaburan Emas…

Antara persoalan-persoalan yang perlu anda ketahui sebelum membeli emas/membuat pelaburan emas ialah samada anda suka emas fizikal atau tidak? Modal anda besar atau kecil? Ada masalah menyimpan tak?

Posting ini adalah panduan asas semata-mata, anda boleh ubahsuai mengikut aspek-aspek lain seperti jarak institusi jualan emas tersebut dengan tempat anda, cara pembayaran samada cash atau credit card etc, modal anda, kemudahan menyimpan emas dan sebagainya.

1. Panduan pertama: Emas fizikal atau bukan fizikal?

Jawapan: Kalau anda suka emas fizikal dan tak ada masalah untuk menyimpan, maka pelaburan terbaik untuk anda ialah:

1. Syiling emas;
2. gold bar


Jika susah nak simpan, maka saya cadangkan anda buka akaun simpanan gold saving Public Bank atau Maybank.

Pilihan pertama – Syiling Kijang Emas (1 Oz)
Sebab: Modal yang tidak tinggi, kualiti emas 999.9, mudah dibeli dan dijual balik.

Pilihan kedua – Syiling emas UOB bank (1 Oz)

Anda boleh membeli mana-mana syiling-syiling emas ini samada:
- Canadian gold Maple Leave- Australian Nugget- Singapore gold coin

Pilihan ketiga: a) Syiling Emas/gold Bar Public Gold b) gold bar (PAMP Suisse atau Poh Kong Bunga Raya)

Sebab: Kualiti emas 999.9 (24K)
Bagi gold bar PAMP pula, ia jenama yang terkenal di seluruh dunia. Mudah diperolehi di kedai emas.

Pilihan keempat- Dinar Emas Kelantan (1 Dinar)
Sebab: Kos yang murah, kualiti emas 22K. Mudah dibeli dan dijual.

p/s: Kalau anda minat emas fizikal tapi modal anda kecil, saya cadangkan anda beli Dinar Emas Public Gold / Kelantan sebagai pilihan pertama. .

2. Anda tak minat emas fizikal atau risau nak simpan emas?

Jawapan: Kalau anda tak minat emas fizikal atau risau emas hilang, saya nasihatkan anda membuka akaun simpanan emas.

Terdapat 2 jenis akaun simpanan emas yang terdapat di malaysia iaitu:

1. Public Bank Gold Investment Account
2. Maybank Gold Saving Passbook Account

Pilihan pertama – Public Bank gold saving passbook
Kebaikan: Harga Harga jual beli yang rendah (beza RM3.00)

Pilihan kedua – Maybank Gold saving passbook
Harga jual beli Maybank adalah lebih tinggi berbanding Public Bank.


**********************************************************************************




EMAS FIZIKAL vs EMAS KERTAS

Kali ini saya nak bercerita tentang emas fizikal dan emas kertas. Apa tu emas kertas? Mesti ramai yang tertanya- tanya kan? Semua orang tahu emas fizikal ialah emas dalam bentuk nyata dan boleh dipegang. Tapi apa pula emas kertas?

Emas kertas ialah emas dalam bentuk buku pelaburan. Ada beberapa contoh yang boleh kita sebutkan di sini antaranya seperti Gold Saving Passbook Account (GSPA) yang dikeluarkan oleh Maybank, Gold Investment Account(GIA) keluaran Public Bank dan United Overseas Bank.

Ada juga bank- bank lain yang menawarkan akaun pelaburan emas tapi kita tumpukan kepada beberapa contoh sahaja untuk memudahkan pemahaman. Mari kita tengok apa perbezaan bagi ketiga- tiga jenis akaun ini.
Gold Saving Passbook Account – Maybank

Gold Investment Account – Public Bank Berhad

Gold Investment Account as at 10/05/11 3:45 PM


Selling Price Buying Price
1 gram RM 148.9900 RM 143.2000

Gold Investment Accounts – United Overseas Bank
Last updated 10/05/2011 14:46. The Prices shown here are indicative only and are subject to change without prior notice. They are not to be taken as an offer to contract. United Overseas Bank Group shall not be responsible for any loss or damage arising directly or indirectly from the use of or reliance on the information provided herein.
Item
Size
Bank Selling
(RM)
Bank Buying
(RM)
Premier Gold Account
1 KG
146400.00
145400.00
Gold Savings Account
1 GM
147.30
145.30

Dari jadual yang ditunjukkan, kita lihat pada harga bagi 1 gram bagi setiap akaun.Harga yang ditawarkan ialah berdasarkan harga emas 999 semasa. Harga belian dan jualan bagi setiap akaun emas adalah berbeza. Kita perlu bijak memilih akaun yang menawarkan spread yang lebih kecil iaitu beza harga selling dan buying.  

*Harga selling ialah harga yang bank jual kepada kita, manakala harga buying ialah harga bank membeli daripada kita.

Mari kita bandingkan antara ketiga-tiga akaun itu.

GSPA Maybank- Harga selling ialah 148.39 dan harga buying ialah 142.26. Perbezaan ialah 6.13

GIA Public Bank – Harga selling ialah 148.99 dan harga buying ialah 143.20. Perbezaan ialah 5.79

GIA United Overseas Bank - Harga selling ialah 147.30 dan harga buying ialah 145.30. Perbezaan ialah 2.00

Dari pengiraan mudah yang telah dibuat, ternyata GIA UOB lebih menguntungkan kerana beza/spread lebih kecil. Jadi kita tidak perlu menunggu lama untuk menjual unit simpanan emas yang kita laburkan.

Kelebihan pelaburan menggunakan buku pelaburan emas ini ialah kita tidak perlu risau kalau kita kehilangan buku simpanan emas kita kerana semua maklumat pelaburan disimpan di dalam sistem bank. Kalau buku kita hilang atau rosak, kita boleh ke bank untuk buat semula buku tersebut dengan sedikit bayaran denda.

Kekurangannya pula, kita tak pegang sendiri emas yang dilabur. Emas tersebut adalah dalam bentuk kertas, iaitu buku pelaburan emas itu sahaja. Jadi kita tak dapat mempraktikkan teknik Ar-Rahnu kerana sistem pajakan Ar-Rahnu hanya menerima Emas Fizikal sama ada 999 atau 916.

Kesimpulannya, kalau kita ada simpanan, lebih baik kalau kita laburkan dengan membeli emas fizikal. Dari emas fizikal yang kita miliki itu, pajakkan di Ar-Rahnu dan gunakan wang yang diterima untuk buka akaun simpanan emas GIA. Dengan ini, pelaburan emas anda akan lebih banyak dan lebih menguntungkan. Fikir- fikirkan lah.